>
  • ALMANAK
  • >

    Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Risensi Buku

    Sepanjang Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) diadakan, pihak pss telah mengambil beberapa minit untuk program Risensi Buku. Dalam program itu salah seorang guru akan menyampaikan ulasan buku yang telah dibaca.

    Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
    Hari : Sabtu
    Tarikh : 14 Februari 2015
    Masa : 12.40 tengah hari


    Di dalam LADAP 1, Puan Hjh Mardiah bt Musa telah menyampaikan ulasan buku yang dibaca berjudul "Bersyukur Saat Diuji".  

    Buku berjudul "Bersyukur Saat Diuji" bukan sahaja menarik tetapi berkesan kerana pengarang menulis berdasarkan pengalaman peribadi pengarang sebagai seorang pensyarah dan penulisannya berbentuk cerita
    antara intipati buku ini ialah kepentingan sifat sabar. Sifat sabar amat diperlukan bagi menahan diri daripada kesedihan tatkala diuji. Kita dituntut melaksanakan perintah Allah walaupun kita berada dalam kesusahan kerana apabila kita bersabar saat diuji, kita akan mendapat ganjaran yang lebih baik. Sebagai contoh, penulis bersabar apabila diuji dengan banjir yang melanda di rumah penulis iaitu di UITM, Segamat Johor. Beliau kehilangan harta benda yang sangat berharga. Buku-buku dan kitab Al- Qurannya habis terendam dalam air. Berpuluh-puluh kain songket hasil pemberian cenderamata sewaktu menyampaikan ceramah terpaksa dibuang. Rumah penulis rosak teruk. Namun begitu, penulis tetap bersyukur dengan menunaikan solat tatkala melihat rumahnya musnah dalam kejadian banjir tersebut. Beliau memohon ampun kepada Allah tidak menguji beliau dengan perkara yang tidak terpikul.

    Sesungguhnya, buku ini amat sesuai dibaca oleh semua peringkat usia sebagai menambah pengalaman kerana hidup ini tidak lepas daripada ujian.

    Judul : Bersyukur Saat Diuji
    Penulis : Profesor Mohd Kamil Ismail (Pensyarah di Universiti Kuala Lumpur)

    PN. HJH MARDIAH BINTI MUSA