>
  • ALMANAK
  • >

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    Sempena "KEM MEMBACA 1MALAYSIA" pss DARY telah membuat lawatan sambil belajar ke Pesta Buku di PWTC dan Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Seramai 37 orang pengawas pusat sumber sekolah dan 3 orang guru pengiring dari SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub yang menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini telah diadakan pada 25 April 2015 hari Sabtu.

    PESTA BUKU DI PWTC






    PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR
















    Lawatan ini diadakan bertujuan untuk :
    • menggalakan pelajar untuk meminati pelbagai bahan bacaan
    • menambahkan pengalaman pelajar berada di perpustakaan awam negeri


    P/S ** JOM KITA MENANAM MINAT MEMBACA BERSAMA-SAMA !!SEMOGA AKTIVITI INI AKAN TERUS MENERUS DIADAKAN SEHINGGA KE TAHUN BERIKUTNYA.. :D


    Pelancaran KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015


    KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015

    Dirasmikan oleh :
    EN. ZAINUDIN BIN HJ KOMING
    Tema :
    "MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"
    Tarikh :
    20 APRIL 2015 (ISNIN)
    Tempat :
    DATARAN AR RAHMAN

    Kempen ini adalah bertujuan untuk menjadikan membaca sebagai budaya dalam kalangan masyarakat SMKDARY dan melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan, memiliki semangat cinta akan bahasa dan budaya.

    antara objektifnya :
    • warga SMKDARY dapat menghayati dan mengamalkan budaya membaca.
    • warga SMKDARY dapat mempertingkatkan penggunaan perpustakaan sebagai sumber mendapatkan bahan bacaan.
    • warga SMKDARY dapat meminjam bahan buku dari perpustakaan.
    • warga SMKDARY dapat membna kreativiti mereka menerusi bahan yang dibaca.



     












    Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung ialah :
    1. Pertandingan jejak ilmu/literasi maklumat.
    2. Pertandingan sudut bacaan NILAM kelas terbaik.
    3. Pertandingan melukis poster/seni kraf barang terbuang.
    4. Pertandingan pembaca terbanyak, pertandingan peminjam terbanyak dan pengunjung bertuah.
    5. Lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan ke Pesta Buku di PWTC.
    6. Jom baca 10 minit di tapak perhimpunan setiap hari.
    7. Promosi buku / ulasan buku dan kuiz spontan di perhimpunan.
    8. Pameran buku / jualan buku.
    9. Wakaf buku / sumbangan buku *tabung buku hari jumaat.
    10. Pertandingan Spelling Bee dan Pertandingan Crossword Puzzle.





    P/S :  Sekiranya anda berminat untuk menyertai segala aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini. Anda dikehendaki untuk berjumpa Penyelaras Pusat Sumber SMKDARY , PN. HASZAILISAH BINTI MD. HASHIM.







    Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Risensi Buku

    Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang ke 3 telah diadakan pada 18 April 2015 yang bertempat di Dewan SMKDARY. 

    Dalam program LADAP kali ini, bagi sesi Risensi buku ianya telah disempurnakan oleh Pn. Noordini bt. Isa. Beliau telah menggunakan buku yang berjudul "Deadly Mist". Buku itu telah ditulis oleh Jerry D. Gray penulis buku Best Seller Art of Deception.