>
  • ALMANAK
  • >

    SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

    SEKAPUR  SIREH SEULAS PINANG

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa Kedua, Melaka 752 Tahun.

    Syukur ke hadrat allah yang maha penyayang lagi maha pengasih, kerana dengan limpah izin dan keberkatan-nya jua,  dapatlah kita agenda memartabatkan pendidikan yang bermatlamat  ke arah kejayaan  kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.

    Tahun 2014, menyaksikan perubahan besar dalam  jawatankuasa pusat sumber sekolah (jkpss) , apabila pelaksanaan rintis strategi lautan biru kebangsaan – pemantapan pfofesion guru, kementerian pendidikan malaysia bermula dengan negeri melaka dan kedah sebagai negeri rintis program ini.  Pelaksanaan rintis ini bertujuan untuk meringankan tugas guru perpustakaan ,  manakala guru perpustakaan dan media sebelum ini diapungkan. Tugas guru akan dibantu oleh  N17, manakala guru akan diberi jadual waktu mengajar yang selaras.

    Sudah menjadi impian dan harapan pihak pusat sumber untuk mencapai  hasrat ke arah memberi perkhidmatan dan sumber maklumat yang berkesan kepada seluruh warga smkdary.  Sesuai dengan hasrat murni ini, pelbagai perubahan yang efisien dibuat di dalam dan di luar pusat sumber agar seluruh warga smkdary sentiasa bermaklumat dan kaya dengan ilmu.  Oleh itu besarlah harapan kami agar pusat sumber smkdary diberi bantuan dan sokongan dari pelbagai sudut, agar  hasrat dan impian kami ke arah menjadikan warga smkdary  kaya maklumat  seterusnya mencapai impian ke arah pusat sumber cemerlang berjaya direalisasikan.

    Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua  pihak yang menyumbangkan tenaga yang bukan sedikit dalam menjadikan pusat sumber smkdary sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini.  Semoga komitmen warga smkdary ini dapat diteruskan dalam mencapai kegemilangan  dunia bermaklumat dan pemantapan profesion guru di malaysia.

    SEKIAN, Terima Kasih


    EN. ZAINUDIN BIN HJ.KOMING
    PENGETUA SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB