>
  • ALMANAK
  • >

    Apa itu ALMANAK ?

    Almanak (Bahasa Inggeris : almanac) ialah sebuah terbitan tahunan berbentuk informasi mengenai bidang-bidang tertentu, dan selalunya disusun megikut turutan kalendar. Pelbagai statistik dan data dimasukan ke dalam sebuah almanak, seperti laporan cuaca, tarikh gerhana, perayaan dan sebagainya.Perkataan Almanak berasal dari perkataan Arab, al-manākh.
    CONTOH-CONTOH JENIS ALMANAK :











    KETERANGAN

    1.0               Pendahuluan

    Almanak Falak (AF) diterbitkan secara usahasama di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas pergerakan planet dan tidak ada data yang diambil secara langsung dari mana-mana almanak atau efemeris sedia ada. Tujuan utama AF diterbitkan ialah untuk menyediakan data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah hilal. Keseluruhan data-data AF merujuk kepada Waktu Piawai Malaysia (WPM) di mana longitud piawai adalah + 120° T (+ 8 jam timur). Ini akan memudahkan lagi pengambilan data-data untuk hitungan.

    2.0               Kandungan

    Kandungan utama AF ialah penjadualan data-data efemeris matahari dan bulan. Efemeris matahari diberikan dalam sela harian (24 jam) sementara efemeris untuk bulan, yang lebih rumit pergerakannya, dalam sela semi-harian (12 jam). Di samping itu Waktu Siderius Greenwich (GST) yang amat berguna dalam hitungan juga dibekalkan.

    2.1               Waktu Ijtimak (Conjunction)

    Ijtimak adalah bermaksud pertemuan di antara bulan dan matahari pada satah meridian ekliptik. Peristiwa ijtimak adalah dijadikan asas permulaan bulan baru dalam sistem bulan qamariah. Waktu Ijtimak Bagi Tahun 2005 memberikan tarikh dan waktu kejadian ijtimak berlaku sepanjang tahun 2005 miladiah. Tarikh-tarikh awal bulan dalam Takwim 2005 Miladiah/ 1425-1426 Hijriah Bagi Malaysiaadalah ditentukan mengikut kriteria Imkanur-Rukyah.




    2.2               Efemeris Matahari

    Efemeris harian (0 jam) matahari diberikan dalam komponen Jarak Hamal (RA), Sudut Waktu Greenwich (GHA), Deklinasi (Dek.) dan Semidiameter (SD). Unit masing-masing ialah jam, minit, saat (j m s) untuk Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich; darjah, minit (° ’) untuk Deklinasi dan minit, saat (’ ”) untuk Semidiameter. Di samping itu nilai GST seperti yang terdapat di dalam efemeris bulan juga diberikan. Kejituan untuk masing-masing data ialah 01s untuk Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich sementara 0’.1 (6”) untuk Deklinasi.

    2.3               Waktu Matahari Terbit dan

    Terbenam Waktu matahari terbit dan terbenam untuk sela hari diberikan untuk Longitud Piawai Malaysia (120° T) pada julat latitud 0° - 7°. Unit data adalah jam, minit (j m). Waktu matahari terbit dan terbenam di Malaysia boleh dihitung seperti contoh di bawah:

    Tempat: Pontian Kecil                    Tarikh: 1 Januari 2005
    Latitud : 1° 29’ 15” U                        Longitud: 103° 23’ 18” T

    i-                    Tentu dalaman untuk latitud tempatan
    Matahari terbitMTt
     Latitud                 +1                           +2                          +1.5
    Jan 1.0                  6:01:39.5              6:03:21.1             6:02:30.3

    Matahari terbenamMTm
    +1                           +2                          +1.5
    18:05:30.7            18:03:49.3           18:04:40

    ii-                   Tentu dalaman untuk longitud tempatan

    Beza longitud, dL              = 4ᵐ(103° 23’ 18” - 120º)
    = -66.446ᵐ
    = -1ʲ 6ᵐ 27ˢ
    WPMMTt                                = 6:02:30.3 – dL
    = 7:08:57.3 pagi
    = 7:08 pagi
    WPMMTm                              = 18:04:40 – dL
    = 19:11:07 petang
    = 19:12 petang

    2.4               Efemeris Bulan

    Efemeris semi-harian bulan (0 jam dan 12 jam) diberikan dalam komponen Jarak Hamal (R.A), Sudut Waktu Greenwich (GHA), Deklinasi (Dek.), Paralaks (Par.) dan Umur bulan (Umur). Unit masing-masing adalah jam, minit, saat (j m s) untuk Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich; darjah, minit (° ’) untuk Deklinasi; minit, saat (’ ”) untuk Paralaks dan Hari (h) untuk Umur. Di samping itu nilai Waktu Siderius Greenwich (GST) juga diberikan. Penjadualan nilai-nilai Sudut Waktu Greenwich bulan akan memudahkan lagi hitungan kedudukan bulan dibuat. Nilai-nilai yang diberikan untuk Waktu Siderius Greenwich, Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich adalah pada kejituan 01ˢ, sementara deklinasi 0’.1 (6”). Kejituan yang diberi ini adalah memadai untuk tujuan hitungan falak.

    2.5               Waktu Bulan Terbit dan Terbenam

    Waktu-waktu bulan terbit dan terbenam harian diberikan untuk Longitud Piawai Malaysia (120° T) pada julat latitud 0° - 7° U. Unit data adalah jam, minit (j m). Waktu bulan terbit dan terbenam di Malaysia boleh dihitung seperti contoh berikut:

    Tempat : Pontian Kecil, Johor                     Tarikh    : 1 Januari 2005 
     Latitud : 1° 29’ 15” U                                       Longitud: 103° 23’ 18” T

    i)             Tentu dalaman untuk latitud tempatan
    Bulan terbitBTt
    Latitud                  +1                          +2                          +1.5
    Jan 1.0                  22:31:41              22:31:04               22:31:23

    Bulan terbenamBTm
    +1                           +2                          +1.5
    10:09:20               10:10:09               10:09:45
    ii) Tentu dalaman untuk longitud tempatan

    Beza longitud, dL              = 4.138ᵐ (103º 23’ 18” - 120°)
    = -68.739ᵐ
    = -1:08:44

    WPMBTt                                         = 22:31:23 – dL
    = 23:40:07 malam
    = 23:40 malam

    WPMBTm                               = 10:09:45 – dL
    = 11:18:29 pagi
    = 11:19 pagi

    2.6.         Jadual Biasan Untuk Altitud Rendah

    Jadual ini adalah untuk digunakan di dalam hitungan penyediaan data cerapan hilal. Altitud hilal untuk hari merukyah biasanya tidak melebihi 15°. Data disediakan untuk nilai tekanan dan suhu purata bagi Malaysia, masing-masing bernilai 1014 mb dan 27° C. Formula yang digunakan ialah :

    r              = P(0.1594 + 0.019.a + 0.00002.a²)
                                          (273+T)(1+0.505a + 0.0845.a²)

    di mana:

    r              = biasan atmosfera
    a              = altitud jasad samawi
    P             = tekanan dalam mb
    T              = suhu dalam ° C

    Meteor Delta Aquarids mengiringi AidilFitri



    Contoh sebuah meteor yang berjaya dirakam.
    Meramal sejauh mana ‘gah-nya’ juraian meteor merupakan satu kerja yang cukup sulit. Ini adalah kerana adalah hampir mustahil untuk kita ‘tahu’ jumlah debu yang bakal jatuh dan merempuh atmosfera kita, kerana ia terlalu kecil (tahap mikroskopik) dan tidak akan kelihatan langsung SEBELUM ia terbakar dan menyala di langit kita.
    Namun, mencerap juraian meteor sudah menjadi satu aktiviti yang menarik perhatian masyarakat am di Malaysia sejak kebelakangan ini.
    Baru-baru ini, saya ada menerima beberapa pertanyaan berkenaan juraian meteor yang dijangka akan muncul sekitar tarikh Aidilfitri nanti.
    Jika ada diantara anda yang merujuk kepada Almanak Astronomi 2014, dan menaip “Jul” (yang bermaksud Julai) di dalam ruangan “Search”, anda akan mendapati pada tarikh 28-29 Julai nanti, sebuah juraian meteor bernama “Delta Aquarids” akan muncul pada kadar 20 meteor sejam.
    Jadi, persoalannya adakah meteor Delta Aquarids ini cantik dan boleh dilihat dengan mudah?
    Berdasarkan kiraan falak dan pemerhatian menerusi perisian simulasi astronomi yang sedia ada (seperti Stellarium), kita akan dapati pada tarikh 28-29 Julai tersebut, Bulan masih lagi kecil dan hanya kelihatan di langit senja.

    Kedudukan Bulan yang rendah dan masih kecil pada tarikh antara 28-30 Julai, membolehkan kita mencerap meteor dengan lebih selesa. Simulasi SkySafari
    Waktu terbaik untuk melihat meteor ini ialah selepas tengah malam sehinggalah Subuh.
    Oleh itu, kita boleh katakan, ini merupakan berita baik kerana langit akan gelap dan tiada cahaya bulan yang akan mengganggu!
    Baiklah, jika kita lihat kadar kemunculan meteor ini, dikatakan sekitar 20 meteor sejam. Saya telah merujuk ke laman web rasmi pencerap meteor, International Meteor Organization (IMO), yang mana menyatakan bahawa kadar lebih rendah ialah (Zenithal Hourly Rate) ZHR=16, yang membawa maksud 16 meteor sejam.
    Ini boleh memberi makna, secara PURATA-nya, sebuah meteor akan muncul bagi setiap 3.75 minit.
    TETAPI kita kena faham, kadar ZHR=16 ini merujuk kepada kondisi yang sempura, iaitu
    1. Ketika titik kemunculan meteor (dipanggil radiant)  di langit itu berada TEPAT di ATAS KEPALA
    2. Langit gelap gelita, tanpa gangguan cahaya langsung, dan tiada awan.
    Kiraan saya menggunakan perisian Skysafari Pro 4, menunjukkan kedudukan titik radiant tersebut seperti berikut:

    Titik radiantnya berada pada ketinggian 70 darjah, kurang sedikit daripada titik 90 darjah (atas kepala). Ini bermakna jumlah 16 meteor sejam itu akan berkurangan lebih kurang 22%, iaitu lebih kurang 12 meteor sejam.
    Selain itu, faktor lain seperti keadaan cuaca, suasana persekitaran, gangguan cahaya, semuanya akan menjadi penghalang untuk kita melihat juraian meteor dengan jelas, seterusnya MENGURANGKAN lagi jumlah meteor yang akan kelihatan.
    Okay-lah, saya bukanlah hendak de-motivate anda semua, tetapi saya kena berhati-hati di dalam memaklumkan fenomena ini kepada orang awam, agar jangan ada yang terkeliru dan mengharapkan sesuatu keajaiban.
    Pengajaran kemunculan Meteor Camelopardalids baru-baru ini (yang mana habis satu dunia, termasuk Malaysia kecoh mahu melihatnya dan akhirnya kecewa kerana ia tidak muncul banyak) seharusnya mengajar kita di dalam mewar-warkan berita yang betul dan tepat, walaupun mungkin bunyi beritanya tidak se-glamour yang diharapkan.
    Walau apa pun, disebabkan tarikh muncul meteor Delta Aquarids ini tepat dengan tarikh cuti sempena AidilFitri, saya yakin ramai yang berada kampung akan cuba mengambil peluang untuk melihat dan merakamnya.
    Secara amnya:

    1. Cari tempat gelap, jauh dari gangguan cahaya.
    2. Baring dan pandang ke langit (fokus kepada kawasan langit yang paling gelap)
    3. Mulalah cerapan selepas tengah malam hinggalah ke Subuh.