>
  • ALMANAK
  • >

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    Kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin..
    Salam kosong-kosong dari kami warga PSS SMKDARY 




    Sistem Dewey

    Buku-buku bukan fiksyen di PSS SMKS19 dikelas dan disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Berikut diberikan secara ringkas subjek-subjek yang disusun mengikut sistem ini mengikut nombor:
    • 000 Karya Am (General)
    • 100 Falsafah dan Psikologi (Philosophy)
    • 200 Agama (Religion)
    • 300 Sains Kemasyarakatan (Social Science)
    • 400 Bahasa (Language)
    • 500 Sains Tulen (Pure Science)
    • 600 Teknologi (Technology)
    • 700 Kesenian (Fine and Decorative Arts)
    • 800 Kesusateraan (Literature)
    • 900 Geografi dan Sejarah Am (General Geography and History)



    SUDUT BARU DI PSS

    Kami telah mewujudkan sudut baru di PSS iaitu Sudut Laman Kaktus dan Sudut Aqua..

    Sudut Laman Kaktus ini berfungsi :

    • untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenali pelbagai jenis kaktus yang terdapat di Malaysia..
    • selain itu pelajar akan dapat mengetahui sifat fizikal setiap kaktus dengan lebih mendalam..

    Lokasi : sudut ini terletak di bahagian luar dan di tepi kaki lima pss..bersebelahan papan kenyataan program nilam
    Jenis-jenis kaktus : kaktus M. elongata, Kaktus Mammillaria Fraileana, kaktus Mammillaria Geminispina, kaktus Mammillaria Elongata Var Intertexta, kaktus Mammillaria Ginsu Maru,

    Sudut Aqua pula berfungsi

    • untuk pelajar mengenali jenis-jenis ikan yang terdapat di dalam akuarium..
    • selain daripada dapat mencantikkan lagi sudut-sudut di PSS kami.

    Lokasi : sudut ini terletak di antara
    Jenis-jenis ikan : Jelawat, Lampam Emas, Lampam Merah, Kaloi Sabah, Sepat Emas, Kelah, Sebarau, Kura-kura, Compit dan ikan Bandaraya





    SUDUT KAKTUS




     SUDUT AQUA

    RAMADHAN KAREEM

    Kami dari pihak Pusat sumber SMKDARY ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua guru-guru dan pelajar sdary..semoga segala amalan kita diterima olehNYA..insyaallah



    PROMOSI HARI GURUUUU !!!!

    Pusat sumber SMKDARY lagi sekali telah mengadakan jualan sempena Hari Guru..Bagi mengenang jasa guru yang selama ini mengajar kita dari A sehingga Z marilah kita memberi hadiah kepada mereka..Pusat sumber sekolah telah menyediakan beberapa hadiah atau cenderamata sempena Hari Guru yang bakal tiba ini dengan harga KASIH SAYANG !!!




    GULA-GULA KASIH SAYANG
    RM 3.00
    GULA GULA MESRA KASIH
    RM 3.00

    KEK COKLAT MOIST (BEKAS BULAT)
    RM 5.00


    KEK COKLAT MOIST (LARGE)
    RM 6.00


    SELAMAT HARI GURU 
    "GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"


    **P/S : 
    Pesanan boleh dibuat kepada : 
    PN. NORSALIZA BINTI ESA 
    PN. HASZAILISAH BINTI MD. HASHIM

    SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU



    SEJUK EMBUN PAGI, 
    MEYENTUH BUNGA MEWANGI,
    TAK SETEDUH KASIH ABADI,
    DARI IBU YANG SANGAT KU CINTAI....

    CERAHNYA SANG MENTARI,
    HANGATKAN SEISI BUMI SUCI,
    TAK SEHANGAT KASIH SUCI,
    SAAT IBU MEMELUK DIRI INI.....


    NAKALNYA MEMANG SANGAT DIKENALI
    LARI-LARI PANJAT ALMARI
    KERJA SEKOLAH SEMUA KAMI TAK PEDULI

    TAPI BILA HADIRNYA CIKGU,
    DUDUK DIAM TAK BERSUARA, TAK BERLAGU
    TAK JEMU-JEMU KONGSIKAN ILMU
    ITULAH MEMORI YANG KAMI SANGAT RINDU

    TERIMA KASIH CIKGU DAN GURU




    KEK COKLAT KUKUS

    P/S** 
    DAPATKAN KEK COKLAT KUKUS SEBAGAI HADIAH UNTUK GURU DAN IBU TERSAYANG.
    HARGA : RM2.00 - RM5.00 SAHAJA !!!!!!
    BERMINAT??? BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN DENGAN :
    PN. NORSALIZA BINTI ESA
    TEMPAH LAH SEKARANG!!!!!!



    LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    Sempena "KEM MEMBACA 1MALAYSIA" pss DARY telah membuat lawatan sambil belajar ke Pesta Buku di PWTC dan Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Seramai 37 orang pengawas pusat sumber sekolah dan 3 orang guru pengiring dari SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub yang menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini telah diadakan pada 25 April 2015 hari Sabtu.

    PESTA BUKU DI PWTC






    PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR
















    Lawatan ini diadakan bertujuan untuk :
    • menggalakan pelajar untuk meminati pelbagai bahan bacaan
    • menambahkan pengalaman pelajar berada di perpustakaan awam negeri


    P/S ** JOM KITA MENANAM MINAT MEMBACA BERSAMA-SAMA !!SEMOGA AKTIVITI INI AKAN TERUS MENERUS DIADAKAN SEHINGGA KE TAHUN BERIKUTNYA.. :D


    Pelancaran KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015


    KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015

    Dirasmikan oleh :
    EN. ZAINUDIN BIN HJ KOMING
    Tema :
    "MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"
    Tarikh :
    20 APRIL 2015 (ISNIN)
    Tempat :
    DATARAN AR RAHMAN

    Kempen ini adalah bertujuan untuk menjadikan membaca sebagai budaya dalam kalangan masyarakat SMKDARY dan melahirkan generasi pelajar yang berilmu pengetahuan, memiliki semangat cinta akan bahasa dan budaya.

    antara objektifnya :
    • warga SMKDARY dapat menghayati dan mengamalkan budaya membaca.
    • warga SMKDARY dapat mempertingkatkan penggunaan perpustakaan sebagai sumber mendapatkan bahan bacaan.
    • warga SMKDARY dapat meminjam bahan buku dari perpustakaan.
    • warga SMKDARY dapat membna kreativiti mereka menerusi bahan yang dibaca.



     












    Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung ialah :
    1. Pertandingan jejak ilmu/literasi maklumat.
    2. Pertandingan sudut bacaan NILAM kelas terbaik.
    3. Pertandingan melukis poster/seni kraf barang terbuang.
    4. Pertandingan pembaca terbanyak, pertandingan peminjam terbanyak dan pengunjung bertuah.
    5. Lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan ke Pesta Buku di PWTC.
    6. Jom baca 10 minit di tapak perhimpunan setiap hari.
    7. Promosi buku / ulasan buku dan kuiz spontan di perhimpunan.
    8. Pameran buku / jualan buku.
    9. Wakaf buku / sumbangan buku *tabung buku hari jumaat.
    10. Pertandingan Spelling Bee dan Pertandingan Crossword Puzzle.





    P/S :  Sekiranya anda berminat untuk menyertai segala aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini. Anda dikehendaki untuk berjumpa Penyelaras Pusat Sumber SMKDARY , PN. HASZAILISAH BINTI MD. HASHIM.







    Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan Risensi Buku

    Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang ke 3 telah diadakan pada 18 April 2015 yang bertempat di Dewan SMKDARY. 

    Dalam program LADAP kali ini, bagi sesi Risensi buku ianya telah disempurnakan oleh Pn. Noordini bt. Isa. Beliau telah menggunakan buku yang berjudul "Deadly Mist". Buku itu telah ditulis oleh Jerry D. Gray penulis buku Best Seller Art of Deception. 







    Gotong royong PSS

    Penyelaras PSS telah mengadakan aktiviti bergotong-royong pada cuti sekolah penggal pertama. Sebahagian pengawas PSS telah terlibat di dalam aktiviti ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah menyusun papan kenyataan, anjung ilmu dan menceriakan pondok NILAM.


    Pelajar sedang menceriakan ANJUNG ILMU PSS
    ANJUNG ILMU PSS (SEBELUM)


    ANJUNG ILMU PSS (SELEPAS)
    Pelajar sedang mencerikan ANJUNG ILMU PSS
    PAPAN KENYATAAN PSS (SEBELUM)

    PAPAN KENYATAAN (SELEPAS)


























    PAPAN KENYATAAN PSS (SEBELUM)

    PAPAN KENYATAAN PSS (SELEPAS)









    PONDOK NILAM

    Pelajar sedang mengecat PONDOK NILAM









    pelajar sedang mengecat PONDOK NILAM

    Pelajar sedang mengecat PONDOK NILAM