>
  • ALMANAK
  • >

    SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

    SEKAPUR  SIREH SEULAS PINANG

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa Kedua, Melaka 752 Tahun.

    Syukur ke hadrat allah yang maha penyayang lagi maha pengasih, kerana dengan limpah izin dan keberkatan-nya jua,  dapatlah kita agenda memartabatkan pendidikan yang bermatlamat  ke arah kejayaan  kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.

    Tahun 2014, menyaksikan perubahan besar dalam  jawatankuasa pusat sumber sekolah (jkpss) , apabila pelaksanaan rintis strategi lautan biru kebangsaan – pemantapan pfofesion guru, kementerian pendidikan malaysia bermula dengan negeri melaka dan kedah sebagai negeri rintis program ini.  Pelaksanaan rintis ini bertujuan untuk meringankan tugas guru perpustakaan ,  manakala guru perpustakaan dan media sebelum ini diapungkan. Tugas guru akan dibantu oleh  N17, manakala guru akan diberi jadual waktu mengajar yang selaras.

    Sudah menjadi impian dan harapan pihak pusat sumber untuk mencapai  hasrat ke arah memberi perkhidmatan dan sumber maklumat yang berkesan kepada seluruh warga smkdary.  Sesuai dengan hasrat murni ini, pelbagai perubahan yang efisien dibuat di dalam dan di luar pusat sumber agar seluruh warga smkdary sentiasa bermaklumat dan kaya dengan ilmu.  Oleh itu besarlah harapan kami agar pusat sumber smkdary diberi bantuan dan sokongan dari pelbagai sudut, agar  hasrat dan impian kami ke arah menjadikan warga smkdary  kaya maklumat  seterusnya mencapai impian ke arah pusat sumber cemerlang berjaya direalisasikan.

    Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua  pihak yang menyumbangkan tenaga yang bukan sedikit dalam menjadikan pusat sumber smkdary sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini.  Semoga komitmen warga smkdary ini dapat diteruskan dalam mencapai kegemilangan  dunia bermaklumat dan pemantapan profesion guru di malaysia.

    SEKIAN, Terima Kasih


    EN. ZAINUDIN BIN HJ.KOMING
    PENGETUA SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB


    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SELURUH WARGA PSS SMKDARY :)


    RAMADHAN 2014

    SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA WARGA SMKDARY DAN SELURUH UMAT ISLAM..DARI KAMI PSS SMKDARY


    PROMOSI HARI GURU !! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !! :)

    Sempena Hari Guru yang bakal tiba..PSS tidak melepaskan peluang untuk membuat jualan cenderahati kepada semua untuk diberikan kepada guru anda..jangan lepaskan peluang ini..grab it ! :)


    KOD P1
    Harga : RM 3.00
    Catatan : Klip Nota




     KOD P2
    Harga : RM 5.00
    Catatan : Aneka Manisan




    KOD P3
    Harga : RM 10.00
    Catatan : Bakul Aneka Buah-buahan

    Sila buat tempahan segera beserta bayaran sebelum 12/5/2014 (isnin). Tempahan boleh diambil pada 16/5/2014 (jumaat) mulai jam 9 pagi di Perpustakaan SMKDARY.

    "GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

    PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PSS SMKDARY-UKM-PWTC



    Objektif : -
    • mendedahkan pelajar kepada suasana perpustakaan di universiti.
    • menyediakan pelajar peluang mendapat pengalaman pembelajaran secara kontektual dan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.
    • memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
    Aktiviti telah dilaksanakan pada :-

    Hari : Sabtu
    Tarikh : 26 April 2014
    Masa : 7.30 pagi
    Tempat :-
    • Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
    • Pesta Buku Antarabangsa, PWTC.
    Kumpulan Sasaran :-
    • 40 orang Pengawas PSS SMKDARY
    • 4 orang guru Perpustakaan SMKDARY

    MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM 2014


    Ucapan oleh Pengetua SDARY, Puan Hajjah Salmah bt Mohd Tahir sempena Majlis Perasmian NILAM SDARY.



                                               Perasmian NILAM oleh Pengetua SDARY



                                    PERSEMBAHAN PELAJAR SEMPENA PELANCARAN NILAM





    PROGRAM JOM MAHIR


    Aktiviti telah dilaksanakan pada :-

    Hari       : Rabu
    Tarikh   : 5 Mac 2014
    Masa     : 1.30 hingga 2.30 petang
    Tempat : Pusat Sumber SMKDARY

    Aktiviti yang dijalankan :
    • Kursus teknik buku cara untuk melabel bahan bacaan dan mengelaskan mengikut jurnal.
    • Kursus automasi kad untuk peminjam dan pemulangan buku serta bahan ilmiah.
    • Mengemas dan menceriakan kawasan perpustakaan agar nampak ceria dan menarik kedatangan pelajar SMKDARY untuk datang ke perpustakaan.
    • Kursus Litersi maklumat - dijalankan di Perpustakaan UKM pada 26/4/2014 dalam Program Lawatan Sambil Belajar di sana disampaikan oleh Unit PSS UKM.
    AJK Pelaksana
    • Guru pusat sumber, pengawas pusat sumber sekolah, pembantu perpustakaan dan AJK Pengawas pusat sumber sekolah.

    PERTANDINGAN PAMERAN ILMIAH ANTARA PANITIA

    "Sukses Bermula Dengan Membaca"

    Objektif :

    • Warga SMKDARY dapat menghayati dan mengamalkan budaya mencari maklumat melalui pelbagai media selain membaca.
    • Warga SMKDARY dapat mempertingkatkan penggunaan perpustakaan sebagai sumber mendapatkan ilmu dan info.
    • Mengubah persepsi pelajar terhadap sesuatu matapelajaran dan menambah minat mereka terhadap subjek itu.
    • Dapat membina kreativiti warga SMKDARY menerusi bahan pameran.
    Sasaran :
    • Semua pelajar, guru dan kakitangan SMKDARY
    Jangkamasa :
    • Mac 2014 - Jun 2014

    MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2014




                                  LAFAZ IKRAR OLEH PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014




















    VISI DAN MISI


    VISI SEKOLAH

                      PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

    MISI SEKOLAH

    MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


    MOTTO SEKOLAH

    BERUSAHA BERJAYA




    MOTTO PSS

    SUKSES BERMULA DENGAN MEMBACA

    SLOGAN PSS

    PSS SEHATI SEVISI SERASI 
    SUKSES !








    LOKASI SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER


    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB

    • 5.5 KM dari pekan Merlimau
    • Bersebelahan dengan SMK Dang Anum, Merlimau Melaka

    PELAN LOKASI PUSAT SUMBER SEKOLAH 
    1. Terletak bersebelahan kantin sekolah
    2. PSS terdiri daripada :
    • Unit perpustakaan dan bilik rujukan khas
    • Unit Alat Pandang Dengar (APD) / Bilik Tayang
    • Unit BBM
    Text Box: BILIK APD


    PENGENALAN PUSAT SUMBER SDARY

    PUSAT SUMBER merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik. Pusat sumber juga boleh menjadi satu tempat pengumpulan maklumat atau bahan-bahan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. 
    Pusat sumber sdary terletak bersebelahan kantin sekolah. Kedudukan pusat sumber kami terletak di tempat yang strategik dan bangunan tersebut dilebelkan sebagai bangunan Pusat Sumber. Kedudukan ini memudahkan para pelawat yang hadir untuk mencari pusat sumber kami. Pusat sumber di SDARY terdiri daripada beberapa unit iaitu Perpustakaan, Bilik Alat Pandang dan Dengar dan Bilik Bahan Bantuan Mengajar (BBM). 
    PERPUSTAKAAN

    PERPUSTAKAAN merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan pembelajaran untuk pelajar dan guru-guru. Selain itu, perpustakaan juga merupakan satu tempat untuk mengembangkan lagi segala ilmu yang dimiliki. Perpustakaan sdary dikelolakan oleh PN. HASZILISAH BINTI MD HASHIM sebagai penyelaras PSS. Sejak tahun 2014, pihak KPM telah mewujudkan satu lantikan khas jawatan Pembantu Tadbir  N17 (P/O) di dalam pusat sumber sekolah. Lantikan ini adalah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana program ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan guru dan menjamin peningkatan kualiti pendidikan negara. Jawatan PT (P/O) ini telah disandang oleh PN. RAZWA BINTI RAJALI sejak 20 Jun 2014. Oleh itu, pusat sumber kami akan menjadi lebih bersistematik dari segi pengurusan, pentadbiran. 
    Perpustakaan kami telah menyediakan buku buku yang berasaskan Sistem Dewey dan kami juga menyediakan bahan-bahan sampingan seperti majalah ilmiah & agama, novel-novel, akhbar harian, buku dokumentasi, rujukan dan sebagainya. Kami telah menyarankan kepada peminjam buku agar memiliki kad pinjaman terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pinjaman. Kad pinjaman yang dibuat oleh pihak perpustakaan akan dicaj sebanyak RM1.50 untuk pelajar dan RM2.00 untuk guru-guru dan staf sekolah. Pelajar-pelajar dibenarkan meminjam buku selama 1 minggu sahaja sekiranya pelajar terlewat memulang buku pelajar akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sehari dari tarikh pemulangan.

    HUBUNGI KAMI

    Hubungi kami di alamat :
    PUSAT SUMBER
    SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YA’KUB,
    77300 MERLIMAU,
    MELAKA, MALAYSIA
    No. Telefon :
    06-2631407
    N0. Fax :
    06-2636019
    Email :
    mea1061@pddjasin.edu.my

    SELAMAT DATANG KE BLOG SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB

    SEKOLAH CEMERLANG PELAJAR TERBILANG..












                                                     
        "MEMBACA JAMBATAN ILMU"

    PUSAT SUMBER

    PUSAT SUMBER merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunapakai di dalam institut pengajian seperti sekolah. Pusat sumber di SDARY terdiri daripada beberapa unit iaitu Perpustakaan, Bilik Alat Pandang dan Dengar dan Bilik Bahan Bantuan Mengajar (BBM).

    PERPUSTAKAAN
    PERPUSTAKAAN merupakan satu empat yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan pembelajaran untuk pelajar dan guru-guru. Selain itu, perpustakaan juga merupakan satu tempat untuk mengembangkan lagi segala ilmu yang dimiliki. Perpustakaan kami telah menyediakan buku buku yang berasaskan Sistem Dewey dan kami juga menyediakan bahan-bahan sampingan seperti majalah ilmiah, novel-novel dan sebagainya.

    SUDUT SIBER
    PERPUSTAKAAN

    RUANG KARYA
    SUDUT MAJALAH
                                                         
    SUDUT BUKU SUMBANGAN
    MAJALAH DAN BUKU BARU
                              
                                                        
    SUDUT RISALAH                         
    SUDUT RnR NILAM
                                                       
    SUDUT KERATAN AKHBAR
    SUDUT MBM / MBI
                                                                          


    SUDUT PAMERAN
    SUDUT BERITA HARI INI                                            

                         
    SUDUT ALMANAK
    SUDUT TOKOH
                   

    SUDUT PROGRAM NILAM DAN SUDUT PENGHARGAAN



                                                        


    RAK BUKU MENGIKUT SISTEM DEWEY
                                   


    RAK BUKU SISTEM DEWEY
    BAHAN NILAM BAHASA MELAYU DAN
    BAHASA INGGERIS


    RAK BUKU SISTEM DEWEY
                                               


    SUDUT SIRKULASI
    SUDUT HASIL KREATIVITI PELAJAR


                                                



                                         


    SUDUT WARISAN
                                           




    SUDUT SANTAI
                

    SUDUT PELAWAT
    BUKU PELAWAT
                              
    RAK BUKU BARU
                          


    SUDUT KAREL
                              

    BILIK REDSPORT
                   


    LAMAN PSS
            

                                                  PAPAN KENYATAAN PSS

                                                       LAMAN PSS
                                            
                                                       BAHAN LAMA PSS






                                             
                                             BILIK ALAT PANDANG DAN DENGAR (APD)






                                                 BILIK BAHAN BANTUAN MENGAJAR