>
  • ALMANAK
  • >

    PENGENALAN PUSAT SUMBER SDARY

    PUSAT SUMBER merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik. Pusat sumber juga boleh menjadi satu tempat pengumpulan maklumat atau bahan-bahan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. 
    Pusat sumber sdary terletak bersebelahan kantin sekolah. Kedudukan pusat sumber kami terletak di tempat yang strategik dan bangunan tersebut dilebelkan sebagai bangunan Pusat Sumber. Kedudukan ini memudahkan para pelawat yang hadir untuk mencari pusat sumber kami. Pusat sumber di SDARY terdiri daripada beberapa unit iaitu Perpustakaan, Bilik Alat Pandang dan Dengar dan Bilik Bahan Bantuan Mengajar (BBM). 
    PERPUSTAKAAN

    PERPUSTAKAAN merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan pembelajaran untuk pelajar dan guru-guru. Selain itu, perpustakaan juga merupakan satu tempat untuk mengembangkan lagi segala ilmu yang dimiliki. Perpustakaan sdary dikelolakan oleh PN. HASZILISAH BINTI MD HASHIM sebagai penyelaras PSS. Sejak tahun 2014, pihak KPM telah mewujudkan satu lantikan khas jawatan Pembantu Tadbir  N17 (P/O) di dalam pusat sumber sekolah. Lantikan ini adalah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana program ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan guru dan menjamin peningkatan kualiti pendidikan negara. Jawatan PT (P/O) ini telah disandang oleh PN. RAZWA BINTI RAJALI sejak 20 Jun 2014. Oleh itu, pusat sumber kami akan menjadi lebih bersistematik dari segi pengurusan, pentadbiran. 
    Perpustakaan kami telah menyediakan buku buku yang berasaskan Sistem Dewey dan kami juga menyediakan bahan-bahan sampingan seperti majalah ilmiah & agama, novel-novel, akhbar harian, buku dokumentasi, rujukan dan sebagainya. Kami telah menyarankan kepada peminjam buku agar memiliki kad pinjaman terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pinjaman. Kad pinjaman yang dibuat oleh pihak perpustakaan akan dicaj sebanyak RM1.50 untuk pelajar dan RM2.00 untuk guru-guru dan staf sekolah. Pelajar-pelajar dibenarkan meminjam buku selama 1 minggu sahaja sekiranya pelajar terlewat memulang buku pelajar akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sehari dari tarikh pemulangan.