MESYUARAT AJK KERJA PERPUSTAKAAN
AJK Kerja PSS SMKDARY telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Yusri bin Mohamad selaku penyelaras PSS. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan aktiviti tahunan yang akan diadakan sepanjang tahun 2015. Selain itu, AJK Kerja PSS turut membincangkan cara untuk mempertingkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan penambahbaikkan situasi atau keadaan di dalam pusat sumber agar ianya menjadi selesa kepada pengunjung yang memasukinya.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !
Selamat kembali ke SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub buat semua pelajar SDARY dan pelajar yang baru berpindah ke SMKDARY..tanamkan azam yang lebih baik untuk tahun ini..
DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN !
DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KEJAYAAN !
Apa itu ALMANAK ?
Almanak (Bahasa Inggeris : almanac) ialah sebuah terbitan
tahunan berbentuk informasi mengenai bidang-bidang tertentu, dan selalunya disusun
megikut turutan kalendar. Pelbagai statistik dan data dimasukan ke dalam sebuah
almanak, seperti laporan cuaca, tarikh gerhana, perayaan dan
sebagainya.Perkataan Almanak berasal dari perkataan Arab, al-manākh.
CONTOH-CONTOH JENIS
ALMANAK :
KETERANGAN
1.0
Pendahuluan
Almanak Falak (AF) diterbitkan secara usahasama di
antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pejabat Almanak, Fakulti
Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas pergerakan planet
dan tidak ada data yang diambil secara langsung dari mana-mana almanak atau
efemeris sedia ada. Tujuan utama AF diterbitkan ialah untuk menyediakan
data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti
penentuan kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah
hilal. Keseluruhan data-data AF merujuk kepada Waktu Piawai Malaysia (WPM) di
mana longitud piawai adalah + 120° T (+ 8 jam timur). Ini akan memudahkan lagi
pengambilan data-data untuk hitungan.
2.0
Kandungan
Kandungan utama AF ialah penjadualan data-data
efemeris matahari dan bulan. Efemeris matahari diberikan dalam sela harian (24
jam) sementara efemeris untuk bulan, yang lebih rumit pergerakannya, dalam sela
semi-harian (12 jam). Di samping itu Waktu Siderius Greenwich (GST) yang amat
berguna dalam hitungan juga dibekalkan.
2.1
Waktu Ijtimak (Conjunction)
Ijtimak adalah bermaksud pertemuan di antara bulan
dan matahari pada satah meridian ekliptik. Peristiwa ijtimak adalah dijadikan
asas permulaan bulan baru dalam sistem bulan qamariah. Waktu Ijtimak Bagi Tahun
2005 memberikan tarikh dan waktu kejadian ijtimak berlaku sepanjang tahun 2005
miladiah. Tarikh-tarikh awal bulan dalam Takwim 2005 Miladiah/ 1425-1426
Hijriah Bagi Malaysiaadalah ditentukan mengikut kriteria Imkanur-Rukyah.
Efemeris harian (0 jam) matahari diberikan dalam
komponen Jarak Hamal (RA), Sudut Waktu Greenwich (GHA), Deklinasi (Dek.) dan
Semidiameter (SD). Unit masing-masing ialah jam, minit, saat (j m s) untuk
Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich; darjah, minit (° ’) untuk Deklinasi dan
minit, saat (’ ”) untuk Semidiameter. Di samping itu nilai GST seperti yang
terdapat di dalam efemeris bulan juga diberikan. Kejituan untuk masing-masing
data ialah 01s untuk Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich sementara 0’.1 (6”)
untuk Deklinasi.
2.3
Waktu Matahari Terbit dan
Terbenam Waktu matahari terbit dan terbenam untuk
sela hari diberikan untuk Longitud Piawai Malaysia (120° T) pada julat latitud
0° - 7°. Unit data adalah jam, minit (j m). Waktu matahari terbit dan terbenam
di Malaysia boleh dihitung seperti contoh di bawah:
Tempat: Pontian Kecil Tarikh: 1 Januari 2005
Latitud : 1° 29’ 15” U Longitud: 103° 23’ 18”
T
i-
Tentu dalaman untuk latitud
tempatan
Matahari terbitMTt
Latitud +1 +2
+1.5
Jan 1.0 6:01:39.5 6:03:21.1 6:02:30.3
Matahari
terbenamMTm
+1
+2 +1.5
18:05:30.7
18:03:49.3 18:04:40
ii-
Tentu dalaman untuk longitud
tempatan
Beza longitud, dL = 4ᵐ(103° 23’ 18” - 120º)
= -66.446ᵐ
= -1ʲ 6ᵐ 27ˢ
WPMMTt = 6:02:30.3 – dL
= 7:08:57.3 pagi
= 7:08 pagi
= 19:11:07 petang
= 19:12 petang
2.4
Efemeris Bulan
Efemeris semi-harian bulan (0 jam dan 12 jam)
diberikan dalam komponen Jarak Hamal (R.A), Sudut Waktu Greenwich (GHA),
Deklinasi (Dek.), Paralaks (Par.) dan Umur bulan (Umur). Unit masing-masing
adalah jam, minit, saat (j m s) untuk Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich;
darjah, minit (° ’) untuk Deklinasi; minit, saat (’ ”) untuk Paralaks dan Hari
(h) untuk Umur. Di samping itu nilai Waktu Siderius Greenwich (GST) juga
diberikan. Penjadualan nilai-nilai Sudut Waktu Greenwich bulan akan memudahkan
lagi hitungan kedudukan bulan dibuat. Nilai-nilai yang diberikan untuk Waktu
Siderius Greenwich, Jarak Hamal dan Sudut Waktu Greenwich adalah pada kejituan
01ˢ, sementara deklinasi 0’.1 (6”). Kejituan yang diberi ini adalah memadai
untuk tujuan hitungan falak.
2.5
Waktu Bulan Terbit dan Terbenam
Waktu-waktu bulan terbit dan terbenam harian
diberikan untuk Longitud Piawai Malaysia (120° T) pada julat latitud 0° - 7° U.
Unit data adalah jam, minit (j m). Waktu bulan terbit dan terbenam di Malaysia
boleh dihitung seperti contoh berikut:
Tempat : Pontian Kecil, Johor Tarikh : 1 Januari 2005
Latitud : 1°
29’ 15” U Longitud:
103° 23’ 18” T
i) Tentu dalaman untuk latitud tempatan
Bulan
terbitBTt
Latitud +1
+2 +1.5
Jan 1.0 22:31:41 22:31:04
22:31:23
Bulan
terbenamBTm
+1
+2 +1.5
ii) Tentu dalaman untuk longitud
tempatan
Beza longitud, dL = 4.138ᵐ (103º 23’ 18” - 120°)
= -68.739ᵐ
= -1:08:44
WPMBTt =
22:31:23 – dL
= 23:40:07 malam
= 23:40 malam
WPMBTm =
10:09:45 – dL
= 11:18:29 pagi
= 11:19 pagi
2.6. Jadual Biasan Untuk Altitud Rendah
Jadual ini adalah untuk digunakan di dalam hitungan
penyediaan data cerapan hilal. Altitud hilal untuk hari merukyah biasanya tidak
melebihi 15°. Data disediakan untuk nilai tekanan dan suhu purata bagi
Malaysia, masing-masing bernilai 1014 mb dan 27° C. Formula yang digunakan
ialah :
r = P(0.1594 + 0.019.a + 0.00002.a²)
(273+T)(1+0.505a
+ 0.0845.a²)
di mana:
r
= biasan atmosfera
a
= altitud jasad samawi
P
= tekanan dalam mb
T
= suhu dalam ° C
Meteor Delta Aquarids
mengiringi AidilFitri
Meramal sejauh mana ‘gah-nya’ juraian meteor merupakan satu
kerja yang cukup sulit. Ini adalah kerana adalah hampir mustahil untuk kita
‘tahu’ jumlah debu yang bakal jatuh dan merempuh atmosfera kita, kerana ia
terlalu kecil (tahap mikroskopik) dan tidak akan kelihatan langsung SEBELUM ia
terbakar dan menyala di langit kita.
Namun, mencerap juraian meteor sudah menjadi satu aktiviti
yang menarik perhatian masyarakat am di Malaysia sejak kebelakangan ini.
Baru-baru ini, saya ada menerima beberapa pertanyaan
berkenaan juraian meteor yang dijangka akan muncul sekitar tarikh Aidilfitri
nanti.
Jika ada diantara anda yang merujuk kepada Almanak Astronomi 2014, dan menaip “Jul” (yang bermaksud Julai) di dalam ruangan
“Search”, anda akan mendapati pada tarikh 28-29 Julai nanti, sebuah juraian
meteor bernama “Delta Aquarids” akan muncul pada kadar 20 meteor sejam.
Jadi, persoalannya adakah meteor Delta Aquarids ini cantik
dan boleh dilihat dengan mudah?
Berdasarkan kiraan falak dan pemerhatian menerusi perisian
simulasi astronomi yang sedia ada (seperti Stellarium), kita akan dapati pada
tarikh 28-29 Julai tersebut, Bulan masih lagi kecil dan hanya kelihatan di
langit senja.
Waktu terbaik untuk melihat meteor ini ialah selepas tengah
malam sehinggalah Subuh.
Oleh itu, kita boleh katakan, ini merupakan berita baik
kerana langit akan gelap dan tiada cahaya bulan yang akan mengganggu!
Baiklah, jika kita lihat kadar kemunculan meteor ini,
dikatakan sekitar 20 meteor sejam. Saya telah merujuk ke laman web rasmi
pencerap meteor, International Meteor Organization (IMO), yang mana menyatakan bahawa kadar lebih rendah ialah (Zenithal Hourly Rate) ZHR=16,
yang membawa maksud 16 meteor sejam.
Ini boleh memberi makna, secara PURATA-nya, sebuah meteor
akan muncul bagi setiap 3.75 minit.
TETAPI kita kena faham, kadar ZHR=16 ini merujuk kepada
kondisi yang sempura, iaitu
- Ketika titik kemunculan meteor (dipanggil
radiant) di langit itu berada TEPAT di ATAS KEPALA
- Langit gelap gelita, tanpa gangguan cahaya
langsung, dan tiada awan.
Kiraan saya menggunakan perisian Skysafari Pro 4, menunjukkan kedudukan titik radiant tersebut seperti
berikut:
Titik radiantnya berada pada ketinggian 70 darjah, kurang
sedikit daripada titik 90 darjah (atas kepala). Ini bermakna jumlah 16 meteor
sejam itu akan berkurangan lebih kurang 22%, iaitu lebih kurang 12 meteor
sejam.
Selain itu, faktor lain seperti keadaan cuaca, suasana
persekitaran, gangguan cahaya, semuanya akan menjadi penghalang untuk kita
melihat juraian meteor dengan jelas, seterusnya MENGURANGKAN lagi jumlah meteor
yang akan kelihatan.
Okay-lah, saya bukanlah hendak de-motivate anda
semua, tetapi saya kena berhati-hati di dalam memaklumkan fenomena ini kepada
orang awam, agar jangan ada yang terkeliru dan mengharapkan sesuatu keajaiban.
Pengajaran kemunculan Meteor
Camelopardalids baru-baru
ini (yang mana habis satu dunia, termasuk Malaysia kecoh mahu melihatnya
dan akhirnya kecewa kerana ia tidak muncul banyak) seharusnya mengajar kita di
dalam mewar-warkan berita yang betul dan tepat, walaupun mungkin bunyi
beritanya tidak se-glamour yang diharapkan.
Walau apa pun, disebabkan tarikh muncul meteor Delta
Aquarids ini tepat dengan tarikh cuti sempena AidilFitri, saya yakin ramai yang
berada kampung akan cuba mengambil peluang untuk melihat dan merakamnya.
Secara amnya:
- Cari tempat gelap, jauh dari gangguan
cahaya.
- Baring dan pandang ke langit (fokus kepada
kawasan langit yang paling gelap)
- Mulalah cerapan selepas tengah malam
hinggalah ke Subuh.