SEKAPUR SIREH SEULAS
PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh , Salam
Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar
Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa Kedua, Melaka 752 Tahun.
Syukur ke hadrat allah yang maha penyayang lagi maha
pengasih, kerana dengan limpah izin dan keberkatan-nya jua, dapatlah kita agenda memartabatkan pendidikan
yang bermatlamat ke arah kejayaan kepada anak-anak bangsa, agama dan negara.
Tahun 2014, menyaksikan perubahan besar dalam jawatankuasa pusat sumber sekolah (jkpss) ,
apabila pelaksanaan rintis strategi lautan biru kebangsaan – pemantapan
pfofesion guru, kementerian pendidikan malaysia bermula dengan negeri melaka
dan kedah sebagai negeri rintis program ini.
Pelaksanaan rintis ini bertujuan untuk meringankan tugas guru
perpustakaan , manakala guru
perpustakaan dan media sebelum ini diapungkan. Tugas guru akan dibantu
oleh N17, manakala guru akan diberi
jadual waktu mengajar yang selaras.
Sudah menjadi impian dan harapan pihak pusat sumber untuk
mencapai hasrat ke arah memberi
perkhidmatan dan sumber maklumat yang berkesan kepada seluruh warga
smkdary. Sesuai dengan hasrat murni ini,
pelbagai perubahan yang efisien dibuat di dalam dan di luar pusat sumber agar
seluruh warga smkdary sentiasa bermaklumat dan kaya dengan ilmu. Oleh itu besarlah harapan kami agar pusat
sumber smkdary diberi bantuan dan sokongan dari pelbagai sudut, agar hasrat dan impian kami ke arah menjadikan
warga smkdary kaya maklumat seterusnya mencapai impian ke arah pusat
sumber cemerlang berjaya direalisasikan.
Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menyumbangkan tenaga yang bukan
sedikit dalam menjadikan pusat sumber smkdary sebagaimana yang dapat dilihat
pada hari ini. Semoga komitmen warga
smkdary ini dapat diteruskan dalam mencapai kegemilangan dunia bermaklumat dan pemantapan profesion
guru di malaysia.
SEKIAN, Terima Kasih
EN. ZAINUDIN BIN HJ.KOMING
PENGETUA SMK DATO' ABDUL RAHMAN YA'KUB